Home » 2018 » July

Uniknya “Kuba Guling”

Teks SITI NOORISA ABDUL KHLIL

BULAN pesta makanan.Itulah jolokan yangdiberikan apabilamenjelang bulan Ramadan.Walaupun telah berlalu untuktahun ini, namun kenikmatandan kemanisan bulan ini akandikenang sepanjang tahun. Halini dikatakan demikian keranapada bulan ini pelbagai variasimenu dan keenakan makanandihidangkan kepada orangramai, tanpa mengira bangsadan agama, mereka sama-samamerasainya.Paling mencuri tumpuanpada tahun ini ialah kuih “kubaguling” yang tular di mediasosial gara-gara keunikan namadan warnanya. Selain faktornamanya, resipi yang melibatkan penggunaan arang tempurungkelapa dikatakan turut menarik perhatian orang ramai untuk mencuba kuih yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Sebenarnya, sebelum kemunculan “kuba guling”, negeri Kelantan antara yang menghidangkan makanan dengan nama yang pelik dan unik. Antaranya seperti lompat tikam, tahi itik, g
erodok telur, nasi tumpang, puteri mandi dan badak berendam. Keunikan inilah menjadi salah satu faktor yang mengayakan warisan budaya Melayu hingga menjadi tarikan pelancong sama ada dalam negara atau luar negara untuk melawat sesuatu tempat tersebut.

Maka, disebabkan oleh faktor itulah juga George Town dan Melaka diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO memandangkan kedua-dua negeri ini merupakan tempat pelancongan yang maju. Selain peninggalan sejarah, kedua-dua negeri ini mendapat jolokan “syurga makanan” kerana kepelbagaian menu dan keenakan rasanya. Pulau Pinang yang terkenal dengan nasi kandar dan pasembur, manakala Melaka yang digemari kerana asam pedas dan cendol sesungguhnya meninggalkan 1000 kenangan indah yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke negeri tersebut. Semoga Malaysia dapat menambahkan lagi jumlah pengiktirafan Tapak Warisan Dunia pada masa akan datang.
Salam perkenalan.
***
Dalam kesempatan ini, sidang editor Dewan Budaya mengucapkan selamat bersara kepada Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bahagian Majalah yang telah menamatkan perkhidmatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 Jun 2018. Didoakan semoga tuan terus maju jaya.

*****
Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya Bil. 7 2018.

Posted in: Nota Editor

Pembongai

Teks ABDUL RAZAK HUSIN

“Ayah!”.Muis tersentak.Helaan nafasnya amat lemah. Dia terhidu sesuatuyang mencucuk hidungnya. Bauyang kurang menyenangkan.Bau yang menyesakkan saluranpernafasan. Sesekali dia cubamenarik nafas, tetapi berasa amat payah. Bayangan wajah wanita itucuba digapai, namun gagal. Pada masa itu, dia hanya berupaya mendengar bunyi perentak jantung yang berselang seli dengan gesekan irama biolanya. Bunyi itu saling tingkah meningkah.‘Di manakah akusekarang?’ Muis cuba untuk menggerakkan tubuh tuanya,namun dia tiada tenaga untuk melakukannya. Matanya masih terpejamerat.

Sekali lagi gambaran wanita tinggi lampai, bertubuh kurus di celah-celah kegelapan malam tanpa sebutir bintang menyapa dalam kotak fikirnya. Anehnya, wanita yang berlesungpipit hadir ketika dia sedang asyik menggesek biola dengan irama petasih. Hujan gerimis di luar sana seakan-akan turut mengalunkan irama pilunya. Setiap kali gesekan biolaitu berlagu sayu, jiwanya jugabagai disentap pilu dengan kata-kata penghinaan daripada Fazrul, anak sulungnya. Walaupun usianya sudah lanjut, namun dia tidak berasa penat memperjuangkan seni muzik yang sudah sekian lama berakar tunjang dalam dirinya. Semangatnya tidak pernah luntur, walaupun sering menerima kecaman daripada Fazrul dan isterinya, Jenah.

Kesejukan berada di dalambilik ini . menyebabkan kulitnya semakin meringsing seperti tidak mampu untuk bertahan dengan lebih lama lagi. Namun, ingatannya masih kepada bayangan wanita tadi. Tidak pernah terlintas di fikirannya akan kemunculan bayangan wanita berkerudung biru lautdan berbaju kebaya rona birupekat di hadapan matanya.Kemunculan bayangan wanita itu sekali gus menggamit dirinya ke Sumatera Barat. Ingatannya pada bumi Minangkabau yangs udah ditinggalkan selama puluhan tahun, kini kembali dalam lipatan ingatannya, bertali-temali dengan rentetan sejarah hidupnya sebagai anak Minang.

*****

Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil.7 2018.

Ceritera Seni Tarian Singa

Teks dan Foto CHAI LOON GUAN

PALUAN gendangmengiringi seni tariansinga di persadapersembahan. Gambaran suasanadan warna-warni perayaandengan kehadiran gendang,gong dan gerak tari kepala singaberkesinambungan denganriuh-rendah letupan mercun,hiasan kostum yang berwarnawarni,beliakan mata, seni gerakbadan berserta ekor singa yangmempertontonkan wacanatarian yang bersifat koreografi.Kerumunan hadirin turutmerancakkan gerak tari singasekali gus menghiburkan orang ramai.

Senario ini sering dapat disaksikan secara langsung padamusim perayaan Tahun Baharu Cina atau sambutan acaraperayaan tertentu yang banyak melibatkan persembahantarian singa sebagai warisan seni budaya bangsa dan negara,khususnya dalam kalangan masyarakat Tionghoa.Tarian singa mempunyai sejarah yang panjang di tanahleluhur masyarakat Cina, iaitu Tanah Besar China selain catatanyang signifikan di pelbagai benua termasuklah negara-negara diAsia Tenggara.

Walaupun dikatakan mewarisi pengaruh budayaIndia dan Iran, namun seni tarian singa berakar umbi daripadabudaya tradisional masyarakat Cina kuno. Tarian tradisional inimenterjemahkan persembahan tingkah laku atau pergerakansinga dalam kostum yang tersendiri yang berfalsafah nasibyang baik, kemakmuran, kemajuan dan kejayaan, kekayaan danseterusnya menghalau roh yang jahat, iaitu iblis dan syaitan.

*****

Artikel ini dipetik daripada Dewan Budaya Bil.7 2018.

Posted in: Tradisi

Bukit Persekutuan di Ibu Negara, Alam Hijau Terpelihara

Teks JAMIL HASHIM Foto Aina Huda Hayati

KETIKA bandar rayaKuala Lumpurkian berubahwajah imej metropolitannyadengan kemunculan banyakmercu tanda baharu pencakarlangit, sebenarnya masihwujud kelompok kawasanhijau dalam jumlah yangkecil di sana sini, sama adadi tengah-tengah kota atau dipinggirnya.Antara aset hijau berhargayang masih tinggal dalamusaha mengimbangi ekologipersekitaran Kuala Lumpurini termasuklah Taman BotaniPerdana, Hutan Simpan BukitNanas, Seputeh, Bukit Tunkudan Bukit Kiara, Damansara

Satu lagi kawasan hijau masih kekal yang pasti terpandang olehribuan warga kota yang melintasi laluan Jalan Bangsar ke JalanTravers untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur pada setiap hari, iaituBukit Persekutuan.Namun begitu, mungkin banyak orang yang tidak menyedariakan kewujudan nama Bukit Persekutuan. Hal ini dikatakandemikian kerana lokasinya yang agak terpisah dan tersendirisifatnya walaupun kedudukannya terletak di pinggiran laluanutama ke pusat bandar.Kawasan ini tidak ramai penduduk dan jarang-jarang dikunjungikerana tiada lokasi untuk mengadakan pertemuan sama ada pejabatkerajaan, syarikat perniagaan, kompleks, kedai atau taman rekreasi.

Sebagai tempat kediaman eksklusif yang terasing dan tidakmenjadi jalan penghubung utama di antara kawasan menyebabkankenderaan yang masuk keluar ke kawasan itu agak terhad. Situasiini menyebabkan keadaan di situ benar-benar lengang dan sunyi,serta tidak sibuk dengan laluan kenderaan seperti di jalan lain di ibukota. Oleh hal yang demikian, jalan-jalan di kawasan hijau ini yangdalam situasi mendaki dan menurun bukit sesuai untuk aktivitiberjoging pada hari minggu dan kelepasan am.

*****

Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil.7 2018.

Posted in: Sekeliling Kita

Zakaria Jamhari Pelopor Kesenian Dabus Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Teks dan Foto SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

BERCAKAP tentang dabus di Kuala Selangor, nama Haji Zakaria Haji Jamhari, tidak mungkin dilupakan. Beliau merupakan pelopor dabus di daerah ini, khususnya di Kampung Kuantan. Beliau yang dilahirkan pada 19 Jun 1937 telah banyak berkorban masa dan tenaga kepada masyarakat dan bangsa, sama ada dalam bidang akademik, kebudayaan dan sosial. Selain itu, beliau juga bertindak sebagai pendidik Ketua Kumpulan Sedaya yang mengembangkan kesenian dabus sejak tahun 1947, malah beliau turut menjadi tenaga pengajar kesenian ini kepada warga kampung yang berminat.

Haji Zakaria mengenali kesenian dabus sejak tahun 1940-an lagi, iaitu sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Pada setiap malam Rabu dan Khamis, di rumahnya sendiri, beliau meluangkan masa dengan mengadakan kelas latihan kesenian dabus. Lebih kurang 30 anggota Kumpulan Sedaya akan berkumpul selepas waktu Isyak untuk mengadakan latihan di bawah asuhan dan bimbingan beliau. Hakikatnya, Haji Zakaria amat aktif meningkatkan taraf kesenian dabus dalam kalangan masyarakat. Beliau berusaha mencurahkan pengalaman, pengetahuan dan kemahirannya kepada generasi muda mengenai kesenian dabus, di samping menanam sikap cinta akan warisan budaya serta memastikan pusaka bangsa ini tetap dipelihara dan diamalkan sepanjang zaman.

Terdapat dua versi tentang asal usul dabus yang terdapat di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Berdasarkan versi yang
pertama, dabus dikatakan dibawa dari Perak. Sekitar tahun 1600, dua pedagang dari Batu Bahara, Sumatera yang dikenali
sebagai Nakhoda Lembang dan Nakhoda Topah telah datang merantau ke Perak dan memulakan kehidupan di Telaga Nenas, Sitiawan. Pada masa itu, keduadua nakhoda tersebut berehat dan berlatih bermain dabus pada waktu malam sehingga menarik perhatian penduduk setempat dan sejak itu dabus terus berkembang di situ.

*****

Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil.7 2018.

Posted in: Kamar Seni

Manusia Peking Tapak Warisan Zhoukoudian

Teks SYAFIQAH ABDUL KHALID

SEJARAH kewujudan Manusia Peking bermula pada tahun 1921, iaitu hasil daripada penemuan oleh sekumpulan ahli arkeologi yang menjalankan kajian di gua batu kapur. Manusia Peking dikenali sebagai Manusia Beijing kerana tempat penggalian artifak tersebut berdekatan dengan Beijing. Cari gali ini memerlukan kos operasi yang amat tinggi, dan pihak arkeologi telah membuat keputusan untuk memohon dana daripada Yayasan Rockfeller bagi membolehkan mereka menemukan lebih 40 spesimen fosil.

Proses cari gali artifak tersebut berakhir pada Julai 1937 apabila Jepun membuat serangan terhadap Beijing. Sebagai langkah keselamatan, fosil Manusia Peking telah diletakkan di dalam peti besi di Makmal Cenozoic dan dihantar ke Amerika Syarikat
sehingga perang tamat. Walau bagaimanapun, artifak tersebut hilang ketika dalam perjalanan ke pelabuhan Qinghuangdao
dan berkemungkinan besar artifak tersebut diletakkan di bawah pengawasan tentera laut Amerika Syarikat ketika perang
melanda.

Antara artifak yang ditemukan ialah alat batu, tulang haiwan dan lapisan abu. Berdasarkan penemuan yang dijalankan, para arkeologi berjaya membuktikan bahawa Manusia Peking menjalankan aktiviti memburu dan memungut tumbuh-tumbuhan.
Tambahan pula, Manusia Peking mempunyai kemahiran dalam kerja membuat alatan batu dan menghidupkan api.
Tahun 2018 merupakan ulang tahun ke-44 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China. Sehubungan dengan itu, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah menjalin hubungan kerjasama dengan Muzium Tapak Zhoukoudian, China bagi mengadakan pameran yang mengumpulkan artifak berkaitan Manusia Peking serta bahan fosil yang menjadi peninggalan sejarah pada suatu ketika dahulu.

*****
Artikel dipetik dari majalah Dewan Budaya Bil.7 2018

Posted in: Galeri

Melaka dan George Town Tapak Warisan Dunia

Teks ABDULLAH AWANG


MELAKA dan George Town istimewa dari pelbagai sudut, khususnya dalam lembaran sejarah dan ketamadunan bangsa
Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana sejarah awal negara ini adalah wajar diingati dan dikenangkan terutamanya berkaitan dengan kerajaan Melayu Melaka sebagai permulaan tamadun bangsa. Melalui rentetan peristiwa suka dan duka,
zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka bermula dengan Parameswara, iaitu pada awal kurun ke-15. Pada zaman itu, Kerajaan Melaka dianggap sebagai kerajaan yang agung.

Keagungan Kerajaan Melayu Melaka antaranya termasuklah dikenal pasti sebagai pusat perdagangan utama, pusat perkembangan agama Islam, mempunyai tanah jajahan, dan mempunyai hubungan dengan kuasa besar seperti dengan negara China. Maka, untuk memahami kedudukan negara Malaysia pada masa ini, misalnya berkaitan dengan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara, dan tradisi politik orang-orang Melayu di Malaysia sebenarnya
dapat dijelaskan dengan memahami sejarah Kerajaan Melayu Melaka.

Sama juga dengan sistem pemerintahan negara, sedikit banyak mempunyai persamaan dengan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melaka diketuai oleh Raja Melaka. Raja merupakan Ketua Agama Islam dan Ketua Tentera. Dalam pentadbiran pula, Raja dibantu oleh pembesar seperti Bendahara, Laksamana, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar.
*****

Artikel dipetik dari majalah Dewan Budaya Bil.7 2018.

Posted in: Gatra Perdana

Plitvice Taman Dunia

Teks dan Foto MUHAMMAD HAJI SALLEH

HARI lambat cerahpada musim gugurini. Pagi mulacerah di restoran yang dibina di tepi sungai Osna serta bertiang ke air. Pada pagi hari, sungai lebarnya mengalir menderu. Ada tingkat-tingkat air yang mungkin juga tidak seluruhnya alamiah. Tapi dengan cara membina empangan, maka air melompat dan menuruni sekitar hampir 1 meter ke bawah – dan membina jeram yang panjang dan tinggi.
Pada awal pagi pun sudah ada yang berkayak dan mengail. Kata pengkaji, kesan air terhadap manusia ialah, “Air menenangkan.” Mungkin kerana bunyinya yang serata dan sekata – dan imej yang sama tidak menakutkan atau terlalu
bervariasi. Bas sudah menunggu, maka kami pun berangkat ke arah utara – ke arah Plitvice – sebuah Taman Negara, yang agak jauh – dua jam perjalanannya ke sana.
Sekali lagi alam menyalami kami dan kami menyalami pagi yang cerah. Rumah peladang berbaris di jalan dan setelah itu bukit dan hutan pula yang menyambung kehadiran dan hayatnya.
Kami seharian di hutan simpan UNESCO Plitvice, sebuah taman yang luas dan luar biasa. Tiada kota yang dikejar pada hari ini, tetapi inilah peluang untuk memasuki secara rasmi sebuah hutan UNESCO yang tinggi di bukit dan dihiasi oleh beberapa buah tasik yang besar. Oleh sebab itu, diairi oleh kalsium gunung maka warna airnya sangat biru, malah biru-dalam, lembut, nyaman dan menyenangkan. Biru yang membuat kita terpegun oleh keluarbiasaan dan kejernihannya. Saya banyak mengembara dan banyak melihat tasik – tapi belum pernah melihat kolam sebirudalam yang jernih dan damai begini.

*****

Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya Bil.7 2018.

Melestarikan Tapak Warisan Dunia

Teks ANINAH JANANG

Misi menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 kini berbaki kurang dua tahun sahaja lagi. Kejayaan itu datang dengan cakupan pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja meliputi pembangunan ekonomi dan pendidikan, malah pengiktirafan dunia terhadap Malaysia. Salah satu pengiktirafan yang meningkatkan keyakinan dunia terhadap Malaysia ialah Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO).

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongannya yang unik dan tersendiri. Daripada warisan sejarah silam, keindahan alam semula jadi, kejernihan pantai dan pulau, serta kepelbagaian budaya masyarakat majmuk yang menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia ke negara ini.

Tahun 2000 melakar sejarah apabila buat julung kalinya Malaysia menerima pengiktirafan UNESCO apabila Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia yang pertama di Malaysia. Selang sebulan selepas itu, iaitu pada Disember 2000, satu lagi pengiktirafan Tapak Warisan Dunia diberikan kepada Taman Kinabalu, Sabah. Sebaik-baik sahaja Taman Negara Gunung Mulu yang mempunyai kepelbagaian bio yang menakjubkan serta mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi dan dikelilingi tiga buah gunung, iaitu Gunung Mulu (2376 meter), Gunung Api (1750 meter) dan Gunung Benarat (1585 meter), diberikan status berprestij itu, “mata dunia” beralih ke Asia Tenggara dan pengiktirafan itu membolehkan Malaysia dikunjungi lebih ramai pelancong yang ingin menyaksikan dua Tapak Warisan Dunia yang diberikan dalam tempoh setahun serentak (tahun 2000).

******

Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya Bil.7 2018.

Posted in: Gatra Perdana