Pembongai

Home » Ceritera Bulan Ini » Pembongai

Teks ABDUL RAZAK HUSIN

“Ayah!”.Muis tersentak.Helaan nafasnya amat lemah. Dia terhidu sesuatuyang mencucuk hidungnya. Bauyang kurang menyenangkan.Bau yang menyesakkan saluranpernafasan. Sesekali dia cubamenarik nafas, tetapi berasa amat payah. Bayangan wajah wanita itucuba digapai, namun gagal. Pada masa itu, dia hanya berupaya mendengar bunyi perentak jantung yang berselang seli dengan gesekan irama biolanya. Bunyi itu saling tingkah meningkah.‘Di manakah akusekarang?’ Muis cuba untuk menggerakkan tubuh tuanya,namun dia tiada tenaga untuk melakukannya. Matanya masih terpejamerat.

Sekali lagi gambaran wanita tinggi lampai, bertubuh kurus di celah-celah kegelapan malam tanpa sebutir bintang menyapa dalam kotak fikirnya. Anehnya, wanita yang berlesungpipit hadir ketika dia sedang asyik menggesek biola dengan irama petasih. Hujan gerimis di luar sana seakan-akan turut mengalunkan irama pilunya. Setiap kali gesekan biolaitu berlagu sayu, jiwanya jugabagai disentap pilu dengan kata-kata penghinaan daripada Fazrul, anak sulungnya. Walaupun usianya sudah lanjut, namun dia tidak berasa penat memperjuangkan seni muzik yang sudah sekian lama berakar tunjang dalam dirinya. Semangatnya tidak pernah luntur, walaupun sering menerima kecaman daripada Fazrul dan isterinya, Jenah.

Kesejukan berada di dalambilik ini . menyebabkan kulitnya semakin meringsing seperti tidak mampu untuk bertahan dengan lebih lama lagi. Namun, ingatannya masih kepada bayangan wanita tadi. Tidak pernah terlintas di fikirannya akan kemunculan bayangan wanita berkerudung biru lautdan berbaju kebaya rona birupekat di hadapan matanya.Kemunculan bayangan wanita itu sekali gus menggamit dirinya ke Sumatera Barat. Ingatannya pada bumi Minangkabau yangs udah ditinggalkan selama puluhan tahun, kini kembali dalam lipatan ingatannya, bertali-temali dengan rentetan sejarah hidupnya sebagai anak Minang.

*****

Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil.7 2018.

Hantar Maklum Balas Anda