Uniknya “Kuba Guling”

Home » Nota Editor » Uniknya “Kuba Guling”

Teks SITI NOORISA ABDUL KHLIL

BULAN pesta makanan.Itulah jolokan yangdiberikan apabilamenjelang bulan Ramadan.Walaupun telah berlalu untuktahun ini, namun kenikmatandan kemanisan bulan ini akandikenang sepanjang tahun. Halini dikatakan demikian keranapada bulan ini pelbagai variasimenu dan keenakan makanandihidangkan kepada orangramai, tanpa mengira bangsadan agama, mereka sama-samamerasainya.Paling mencuri tumpuanpada tahun ini ialah kuih “kubaguling” yang tular di mediasosial gara-gara keunikan namadan warnanya. Selain faktornamanya, resipi yang melibatkan penggunaan arang tempurungkelapa dikatakan turut menarik perhatian orang ramai untuk mencuba kuih yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Sebenarnya, sebelum kemunculan “kuba guling”, negeri Kelantan antara yang menghidangkan makanan dengan nama yang pelik dan unik. Antaranya seperti lompat tikam, tahi itik, g
erodok telur, nasi tumpang, puteri mandi dan badak berendam. Keunikan inilah menjadi salah satu faktor yang mengayakan warisan budaya Melayu hingga menjadi tarikan pelancong sama ada dalam negara atau luar negara untuk melawat sesuatu tempat tersebut.

Maka, disebabkan oleh faktor itulah juga George Town dan Melaka diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO memandangkan kedua-dua negeri ini merupakan tempat pelancongan yang maju. Selain peninggalan sejarah, kedua-dua negeri ini mendapat jolokan “syurga makanan” kerana kepelbagaian menu dan keenakan rasanya. Pulau Pinang yang terkenal dengan nasi kandar dan pasembur, manakala Melaka yang digemari kerana asam pedas dan cendol sesungguhnya meninggalkan 1000 kenangan indah yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke negeri tersebut. Semoga Malaysia dapat menambahkan lagi jumlah pengiktirafan Tapak Warisan Dunia pada masa akan datang.
Salam perkenalan.
***
Dalam kesempatan ini, sidang editor Dewan Budaya mengucapkan selamat bersara kepada Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bahagian Majalah yang telah menamatkan perkhidmatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 Jun 2018. Didoakan semoga tuan terus maju jaya.

*****
Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya Bil. 7 2018.

Posted in: Nota Editor

Hantar Maklum Balas Anda