Kembara ke Benggala (Siri Satu)

Home » Kolumnis » Kembara ke Benggala (Siri Satu)

OLEH MUHAMMAD HAJI SALLEH

FOTO PENULIS

Dalam sejarah sastera Melayu moden, Ahmad Rijaluddin, yang berasal dari Kedah, seharusnya mendapat penghormatan yang sewajarnya. Beliau mendahului Abdullah

Munsyi lebih daripada 30 tahun dalam penerokaan pemerian dan bagaimana untuk mencatatkan pemerian itu melalui kaedah yang lebih tepat dan moden.

Semasa bekerja dengan Syarikat James Scott di Pulau Pinang, beliau dibawa melawat ke Benggala pada 1810. Beliau menyiapkan sebuah laporan perjalanan pada 1811. Kini tulisannya sudah ditranskripsikan oleh Cyril Skinner, dan diterbitkan dengan judul, Hikayat Perintah Negeri Benggala di KITLV, Leiden. Kata Ahmad,

Inilah hikayat diceterakan perintah negeri Benggala, tatkala masa zaman sinda (s.n.d.a. – Skinner – senda) Ahmad Rijaluddin ibni Hakim Long Fakir Kandu belayar membuang diri ke Benggala. Maka dikarang hikayat ini meninggal akan zaman, diperbuat surat pada sanat 1226 tahun Dalawal pada bulan Ramadhan. (Skinner menyamakan tarikh ini dengan 18 September – 18 0ktober, 1811).

Pemerian beliau cukup lengkap. Beliau memerikan bagaimana mereka bertolak dari Pulau Pinang dan masuk ke delta Sungai Hoogli, di daerah Sunderban, dan dari sana melalui beberapa buah kampung penduduk asal dan penduduk pendatang.

Menurut beliau, Kolkata terletak ke arah hulu sungai dan harus dilalui dengan perahu. Pada ketika itu, kota ini juga menjadi ibu Negeri Selat. Perdagangan antara wilayah Timur dengan Barat juga banyak terpegun melihat bangunan kolonial seperti Government House, Writer’s Building, dan rumah Gabenor General yang katanya indah seperti istana. Beliau mengelilingi kota untuk melihat budaya dan amalan agamanya – Hindu dan Islam serta Kristian. dikendalikan di sini. Di kota besar yang indah ini, Ahmad Rijaluddin

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya April 2012.

Posted in: Kolumnis

Satu Maklum Balas kepada “Kembara ke Benggala (Siri Satu)”

  • adik kepada ahmad rijaluddin adalah inrahim kandu..juga seorang pengarang namun karyanya terbakar bersama kapal karam..dia juga yg memberi kerja pd abdullah munsyi suatu waktu dahulu..sumber: gallop

Hantar Maklum Balas Anda